Monday 24 October 2011

bintang kejora

assalamualaikum w.b.t pada semua pembaca...

Tuesday 18 October 2011

menjadi TUNANG orang tanpa kita sedar.

Assalamualaikum w.b.t...anda mesti tidak perasan bahawa anda adalah tunang orang...nak tahu macam mana boleh jadi tunang orang.? sebab Jika ada seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan.


Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya ;
apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan saya bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut, walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan tidak perasan akan hakikat ini..

Saturday 15 October 2011

SILA DAIL TALIAN 24434

Assalamualaikum semua..dah lama rasanya aku tidak meng-update blog...
Untuk entri terbaru aku ni, aku nak share dengan korang tentang TALIAN YANG WAJIB KITA DAIL..
PERNAHKAH korang membayangkan apabila berdoa,lalu muncul pertanyaan macam ni :
"Terima kasih. Anda telah menghubungi Baitullah. Sila tekan 1 untuk MEMINTA. Tekan 2 untuk BERSYUKUR. Tekan 3 untuk MENGELUH. Tekan 4 untuk PERMINTAAN LAIN-LAIN"
Mungkin juga korang akan mendengar ayat-ayat macam ni. "maaf. Ketika ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Diharap anda sabar menunggu. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi!"
Cuba korang bayangkan semasa sedang berduka dan ingin mengadu kepadanya, anda mendapan respons begini.
"Jika anda mahu berbicara , tekan 1 untuk bercakap dengan malaikat mikail. Tekan 2 untuk bercakap dengan malaikat yang lain. Tekan 3 jika mahu membuat aduan atau tekan 4 jika mahu membuat pertanyaan tentang syurga atau neraka!"
Atau mungkin juga korang akan mendengar bunyi bergini :
"Sistem kami menunjukan anda telah memanggil lebih daripada sekali pada hari ini. Sila cube lagi di kemudian hari!"
Boleh jadi korang terdengar kata-kata seperti ini : "pejabat kami ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari berikutnya!"
Jawapan-jawapan sebegini mungkin tidak asing dalam kehidupan seharian kita. Namun, adakah ia satu jawapan yang akan korang terima sewaktu mendail nombor-nombor Allah.?
Sudah tentu TIDAK. Allah amat mengasihi kita. Setiap masa kita boleh 'menelefonNya', tidak kira aduan pada bila-bila masa dan Allah sentiasa mendengar aduan kita tanpa sebarang had.
Apabila kita mendail talian Allah, tiada istilah 'talian sibuk'. Allah menerima setiap panggilan dari hamba-hambanya tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggilNya itu. Talian 24434 adalah talian yang paling mudah untuk anda mendailnya. Mengapa 24434?
2 rakaat - subuh
4 rakaat - zuhur
4 rakaat - asar
3 rakaat - maghrib
4 rakaat - isyak
Jika ingin lebih sempurna dan lebih dekat lagi dengannya, anda boleh tambah lagi nombor-nombor tersebut dengan mendail talian 2 iaitu solat tahajud, duha dan taubat.
Kita juga boleh mendail talian 37 iaitu al-Quran yg memiliki 37 juzuk atau mendail 99 asmaul husna, iaitu nama Allah. Untuk lebih cantik kita boleh dail 33 zikir, subhanallah, alhamdulillah dan Allahuakbar.
Yang pasti, talian Allah ini adalah secara terus, telus, tanpa operator, tanpa perantara, tanpa tinggalan pesanan dan tanpa sebarang bayaran bil.
Jumlah taliannya juga terlalu banyak, tidak akan wujud istilah 'talian sibuk' di buka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sehingga hayat kita akhirnya kembali kepadanya.
Sebenarnya, inilah talian yang wajib kita dail setiap hari. sayangnya, ramai yang mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda dengan talian duniawi meskipun kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas mesin suara dan tiada liputan..urmm..sama-samalah kita renungkan..sekian

Friday 14 October 2011

baik salah,jahat lagi salah

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI.
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM.
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA.
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN.
Bila kita tegur dengan baik,
ada orang kata kita ni BAJET BAGUS.
Bila kita tegur dengan kasar,
ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan,
ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'
ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI Sebab tayang free.
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG,BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI KENAPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa,
ada orang kata "APESAL PEMALAS SANGAT KO NI? NAK MINTAK TOLONG PON SUSAH?"
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. Keputusan yang kita ambil,
langkah yang kita mula.
Perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT.. Dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.