malam ini aku tidak dapat tidur lena seperti biasa.. dan aku mengambil keputusan untuk mengambil angin di beranda rumahku..urmm.. Angin malam bertiup lembut menarik helaian rambutku.. Aku masih setia di beranda rumahku sambil menghitung bintang-bintang malam yg berkerlipan di dada langit.. Sememangnya aku gemar menghitung bintang-bintang itu..
“Kalau aku rindukan eyqa, aku akan menghitung bintang-bintang di langit kerana cinta eyqa sebanyak bintang-bintang yg indah itu.”
Aku sentiase mendakap SMS - SMS rindu dia,sambil mendongak ke langit hitam.. Rindu yg setinggi gunung itu terubat dengan senyuman indah sang kejora..
Bintan menjadi saksi pertemuan-pertemuan kami.. Bintang menjadi saksi langkah-langkah kami di hening subuh mengisi kekosongan di dada kami.. Malah betapa bintang merakamkan ungkapan indah aku padanya.. Bintang juga menyaksikan betapa setia eyqa pada aku..
Angin yg tadinya bertiup lembut mencium wajahku kini mula mengganas..aku memeluk tubuh kerdilku.. Menghambat kedinginan malam yg rakus mencumburui diriku..
Aku tidak mampu lagi menjadi penunggu di situ.. Jemariku lekas-lekas mencapai selak pintu..mengunci pintu rapat-rapat.. serapat cintaku yg bakal ku beri pada eyqa..
Rasanya tidak sabar untuk menanti hari esok.. Aku tidak mahu lagi menghitung bintang kejora malam esok.. Aku terlalu rindukan bahang matahari esok.. Tidak sabar menahan rindu yg sarat ini.. Mentari esok menjanjikan kepulangan eyqa ke sisi.. Esok mentari pasti tersenyum pada kami.. Burung-burung akan mengucap tahniah kepada kami..
Perlahan-lahan suara unggas dan cengkerik hilang dari segenap malam ku..mata aku mula terpejam mengikut kehendak malam..tidur malam ku dibuai kata-kata rindu yg indah.. Harapan-harapan masa depan dan mimpi-mimpi yg tidak pernah bernoktah..
Selamat malam sayang ..
Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku yg tidak seberapa ini..
No comments:
Post a Comment